Pilih Bahasa

DUA LELAKI CURI KERETA BERJAYA DIBERKAS POLIS

TUARAN, 8 Mac (Bernama) — Dua lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri kenderaan berjaya diberkas di Kampung Kiansom Baru, Tamparuli Tuaran, semalam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Dzulbaharin Ismail berkata kedua-dua suspek warga tempatan berusia 30, dan 31 tahun itu ditahan pada jam 11 malam.

“Modus operandi kumpulan ini, mensasarkan kereta yang diletakkan di kawasan taman-taman perumahan di daerah ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dzulbaharin berkata dalam tangkapan itu polis turut merampas barang kes termasuk sebuah rangka kereta kancil dan sebuah kereta kancil.

Beliau berkata suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

— BERNAMA