Pilih Bahasa

Dua lelaki jatuh dari ketinggian 10 kaki menara telekom

Oleh Alfred Petrus

KOTA BELUD: Dua orang lelaki pekerja kontraktor pemasangan terjatuh dilaporkan terjatuh dari ketinggian 10 kaki di Menara Telekom Jalan Kuala Abai, Kampung Abai, petang hari ini.

Pegawai Bomba (PB), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) kota Marudu, Masbi Peran berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa tersangkut di ketinggian 10 kaki selepas terjatuh dari menara tersebut.

Salah seorang mangsa yang diselamatkan. Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Mangsa berjaya diturunkan oleh rakan sekerja sebelum ketibaan bomba di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa berumur 40 dan 28 tahun mengalami patah di kedua-dua tangan kanan dan kaki kanan selain cedera di bahagian muka.

“Mangsa juga dalam keadaan sedar semasa ketibaan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketika tiba di lokasi, pihak bomba bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan jentera Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sementara itu, BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 4.37 petang.

Seterusnya menggegaskan seramai sembilan orang anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Ketua Operasi melaporkan operasi ditamatkan pada pukul 5.20 petang. -SabahNewsToday