Pilih Bahasa

DUA PACUAN EMPAT RODA MUSNAH TERBAKAR

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Anggota bomba giat memadam kebakaran membabitkan dua buah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Petagas. – Gambar SNT/ Ihsan Bomba

PENAMPANG: Dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Jalan Petagas, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Dua buah kenderaan pacuan empat roda yang musnah terbakar di Jalan Petagas. – Gambar SNT/ Ihsan Bomba

Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba Penampang, Saidi Siadek berkata dua kereta berkenaan terdiri dari Toyota Fortuner dan Mitsubishi Pajero musnah 100 peratus dalam kejadian pada pukul 3.15 petang itu.

Saidi berkata pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu terus ke lokasi kebakaran bagi proses pemadaman.

Anggota bomba giat memadam kebakaran dua buah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Petagas. – Gambar SNT/ Ihsan Bomba

“Kebakaran terkawal kira-kira pukul 3.59 petang dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.12 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – SabahNews Today