Pilih Bahasa

Dua pekerja penyelenggaraan kabel elektrik terkena renjatan elektrik di Kampung Ketiau

Oleh Alfred Petrus

PUTATAN: Dua orang lelaki dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja penyelengaraan kabel elektrik di Kampung Ketiau Jalan Sungai Meruntun, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Benny Lim berkata mangsa berjaya diturunkan oleh rakan sekerja sebelum ketibaan pasukan bomba.

Antara mangsa yang terkena renjatan elektrik. Gambar SNT/Ihsan Bomba

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital oleh ambulans,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Benny menjelaskan bahawa pihaknya tidak memperoleh maklumat mangsa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 4.02 petang.

Salah seorang mangsa sedang dibawa turun. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Seterusnya menggegaskan seramai tujuh orang anggota BBP Penampang bersama Benny ke lokasi kejadian.

Operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.31 petang. -SabahNewsToday