Pilih Bahasa

Dua tokan dadah tumpas di Papar

Oleh Alfred Petrus

PAPAR: Dua tokan dadah berjaya ditumpaskan dalam satu operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort, kelmarin.

Tokan dadah berumur 38 dan 34 tahun yang berjaya diberkas itu adalah hasil risikan yang dijalankan selama sebulan dan menjadi suspek utama AADK sewaktu operasi dijalankan.

Antara penagih yang berjaya ditangkap. Gambar SNT/Ihsan AADK

Ketua Pegawai AADK Beaufort, Effanehwati Lakat berkata ketika tangkapan dibuat mendapati suspek menjadikan rumahnya sebagai tempat menagih dadah sewaktu ketiadaan ibu bapanya di rumah.

Selain itu, dalam operasi yang sama, seorang bapa tunggal antara 13 lelaki yang berjaya diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Suspek berumur 52 tahun itu mempunyai anak seramai enam orang kesemuanya.

AADK Beaufort menjalankan operasi dan menangkap penagih dadah. Gambar SNT/Ihsan AADK

Kesemua suspek ditahan berumur antara 19 hingga 52 tahun di empat buah kampung iaitu Kampung Kawang, Pengalat Besar, Surati dan Kampung Benoni Papar.

Tigabelas suspek berkenaan ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki penagih dadah dan positif ujian air kencing. -SabahNewsToday