Pilih Bahasa

Dun Sabah luluskan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Aidi (tengah) bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ewon Benedict (kanan) dan Menteri Belia dan Sukan negeri, Phoong Jin Zhe (kiri) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah. – Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 bertujuan meminda Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 dengan mengadakan takrif `agama Islam dan takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah’.

Ia juga bertujuan meminda dan memperkukuhkan Seksyen 52 dengan menjadikan sebatan sebagai salah satu penalti bagi ajaran apa-apa doktrin atau pelaksanaan apa-apa upacara atau perbuatan berhubungan dengan ajaran Islam yang berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Sabah.

Terdahulu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar ketika membentangkan penggulungan perbahasan RUU tersebut berkata enakmen itu akan mula berkuatkuasa pada 9 September 2019.

Aidi (kiri) dan Ewon (dua kiri) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah. – Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Menurut Aidi berdasarkan perkembangan semasa segelintir umat Islam saling bertelingkah dalam perkara-perkara dasar dan ranting agama yang menyebabkan perpaduan umat Islam semakin longgar dan teancam.

“Sehubungan itu adalah perlu umat Islam disatukan di bawah satu aliran kefahaman akidah, amalan Fiqh dan Syariah serta amalan-amalan Tasawwuf yang muktabar.

“Islam adalah agama yang menyatukan umat Islam dan mengenakan pertelingkahan atau perpecahan. Sebarang pemikiran, tindakan dan amalan yang menyebabkan perpecahan umat adalah sesuatu yang mesti dielakkan.

“Begitu juga dengan aliran ajaran sesat yang meresap dalam masyarakat Islam wajar dibanteras supaya umat Islam berada dalam kefahaman amalan yang benar,” katanya ketika menyampaikan penggulungan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Ewon (kanan) bersalaman dengan Datuk Ariffin Arif (kiri) turut kelihatan Aidi (dua kanan) dan Jin Zhe (dua kiri) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah. – Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Aidi turut memaklumkan bahawa Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil 2/2016 telah bersetuju memutuskan bahawa umat Islam di Sabah hendaklah berpegang kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut Akidah, Syariah dan Tasawwuf dan perkara itu telah diwartakan pada 7 September 2017.

Beliau berkata di dalam warta tersebut Majlis Fatwa telah menetapkan bahawa takrif Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah umat Islam yang majoritinya berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah dan berpegang kepada akidah dan tauhid pegangan Imam Abu Hassan al-Ash’ari dan Imam Mansur al-Maturidi; Fiqh dan Syariah Mazhab Syafie dan Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali dan pandangan ulama muktabar lain dan Tasawwuf manhaj sufi seperti Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Beliau menjelaskan kewujudan aliran ajaran sesat dan fahaman melampau merupakan salah sebab pindaan itu perlu dilaksanakan dengan kadar segera.

Ujarnya setakat tahun 2017 sebanyak 11 ajaran dan fahaman sesat yang telah diwartakan iaitu aliran dan dakyah Wahabiah, Milah [email protected], Hizbut Tahrir, Pertubuhan Rahmatan Lil Alamain (Perahmat, Tariqah Hasaniah, Black Metal; Jama’ah, fahaman liberalisme dan pluralisme, kumpulan Tal Tujuh, syiah dan ajaran ilmu Makrifat oleh Mohd Cik Wook yang disebarkan oleh Haji Shaari Mohd Yusof.

Tegas beliau kewujudan ajaran ini bukan sahaja memberikan kesan negatif atau ancaman keselamatan kepada penduduk Islam tetapi kepada smeua penduduk negeri ini tanpa mengira agama dan bangsa.

Oleh itu Rang Unang-Undang atau pindaan ini bertujuan menyekat penularan ajaran sesa dan fahaman untuk mengelakkan penularan ajaran sesat dan fahaman melampau untuk mengelakkan kekeliruan dan mengelakkan ancaman keselamatan dalam kalangan penduduk Sabah. – SabahNewsToday