Pilih Bahasa

Dzuriani dan Suhaimi juara boling KK Nilam

KOTA KINABALU: Gandingan mantap Dzuriani Zulkiplee/Suhaimi Mohd Isa menjuarai Kejohanan Tenpin Boling Beregu Campuran KK Nilam 2019 yang berlangsung di CPS Bowl, Centre Point Sabah dekat sini pada Sabtu.

Bersaing menerusi format pertandingan `Scotch Double’, pasangan Dzuriani/Suhaimi mencatat 1,250 jatuhan pin dalam enam permainan untuk mengatasi 44 pasukan lain termasuk pencabar terdekat gandingan Intan Qistina/Wan Redzuan dengan kelebihan selesa 75 jatuhan pin.

Dzuirani dan Suhaimi menerima hadiah daripada Mohd Zain. Gambar SNT/Ihsan Nilam

Pasangan Intan/Wan Redzuan yang mencatat 1,175 jatuhan pin terpaksa berpuas hati muncul selaku naib johan, sambil gandingan Winnie Leong/Dieny Justin Payah menduduki tempat ketiga selepas mencatat 1,139 jatuhan pin.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Nilam Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah (PTBNS) itu telah disempurnakan oleh presiden PTBNS Datuk Haji Mohd Zain -SabahNewsToday