Pilih Bahasa

e Bazzar Sepanggar sepanjang Ramadan

Oleh Mohd Nazllie Zainul

e Bazzar Sepanggar bermula 24 April hingga 25 Mei hadapan. -Gambar SNT/Ihsan Jaya Parakkasi-
e Bazzar Sepanggar bermula 24 April sehingga 25 Mei 2020. -Gambar SNT/ Ihsan Jaya Parakkasi

KOTA KINABALU: Peniaga bazar Ramadan terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar Sepanggar berpeluang memasarkan produk makanan diusahakan menerusi platform atas talian e Bazzar Sepanggar.

Pengurus e Bazzar Sepanggar, Jaya Parakkasi berkata platform berkenaan bermula sejak 24 April lalu sehingga 25 Mei hadapan.

Jaya berkata aktiviti jual beli secara atas talian sudah bermula lebih awal namun fokus utama pengwujudan platform berkenaan adalah membantu peniaga bazar sepanjang sambutan Ramadan.

“Setakat ini sudah terdapat lebih 200 peniaga yang berdaftar di bawah e Bazzar Sepanggar dan jumlah ini terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Kita sedar kedatangan Ramadan tahun ini sedikit berbeza berikutan ia disambut ketika masih dalam PKP disebabkan Covid-19 sekaligus memberi kesan kepada ramai pihak khususnya peniaga kecil dan sederhana.

“Oleh itu, kita wujudkan e Bazzar Sepanggar ini supaya boleh membantu peniaga yang kebiasaanya berniaga di bazar Ramadan untuk terus menjual produk makanan masing-masing demi agar tidak terputus mata pencarian.

“Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan kepada peniaga dan mereka hanya perlu terus menghubungi pihak kami,” Katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jaya menyatakan pihaknya ketika ini hanya memfokuskan kepada produk makanan halal sahaja bagi berbuka puasa mahupun sahur.

Dalam pada itu, Jaya berkata pihaknya turut menyediakan perkhidmatan ‘runner’ atau penghantar makanan bagi menghantar semua pesanan yang sudah dibuat pelanggan sekitar Sepanggar serta kawasan berhampiran.

Penghantaran pesanan makanan e Bazaar Sepanggar meliputi kawasan Sepanggar dan berhampiran. -Gambar SNT/Ihsan Jaya Parakkasi-
Penghantaran pesanan makanan e Bazaar Sepanggar meliputi kawasan Sepanggar dan berhampiran. -Gambar SNT/Ihsan Jaya Parakkasi

Sementara itu, Jaya berkata pihak pengurusan merancang bagi meneruskan e Bazzar Sepanggar walaupun Ramadan sudah berakhir supaya dapat terus membantu peniaga di kawasan berkenaan. –SabahNewsToday