Pilih Bahasa

Elverra johan Pesta Magahau Zon Beluran 2019

Johan MGM Pesta Magahau Zon Beluran 2019 Elverra (tengah) diapit Citer Moruntim (kanan) dan Edalyna (kiri). – Gambar SNT/Ihsan Samora

BELURAN: Elverra Yotong dinobatkan sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM)  Pesta Magahau Zon Beluran 2019  yang diadakan di Balai Raya Kampung Tangkarson, semalam.

Citeer Moruntim Sarnis Simun dan Edalyna Jahiroh masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Johan akan mewakili Beluran manakala dan tempat ketiga mewakil Paitan ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos ini.

Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh Stefanus Nodbin Jr manakala Helex [email protected] Sumbing dan Melka Angeli Judik masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Pertandingan itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib yang juga Ahli Majlis Tertinggi Upko.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang). – SabahNewsToday