Pilih Bahasa

Emadira bersama Era Sabah rai penghuni Mawis sempena Ramadan dan AIdilfitri

Oleh Mohd Adam Arinin

Dinie (kanan) bersama kanak-kanak dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah Sembulan bergambar pada program berkenaan. Gambar SNT/Ihsan Era Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 90 anak-anak yatim dan asnaf dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (Mawis) menerima sumbangan berupa kelengkapan hari raya serta duit raya daripada Emadira Textiles bersama Era Sabah.

Pengarah Emadira Textiles Dinie Farid Ibrahim berkata program ini merupakan kesinambungan program yang telah dianjurkan tahun sebelumnya.

“Pada program kali ini kita berkongsi sedikit kemeriahan untuk sambutan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba bersama anak-anak dari Mawis.

“Kita amat berbesar hati kerana serba sedikit kita dapat memberikan senyuman dan kegembiraan kepada mereka pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas program berkenaan di sini hari ini.

Penyampai radio ERA Sabah Samantha Miles menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dari Madrasah Waqaf Islamiah Sabah Sembulan pada program berkenaan. Gambar SNT/Ihsan Era Sabah

Sementara itu, Pengurus Kandungan Astro Radio Sabah Ily Lia Affiqah berkata sumbangan ini adalah satu cetusan idea daripada pihaknya bersama Emadira Textile. 

“Kami memuatnaik video kerjasama diantara pihak ERA Sabah dengan Emadira di laman sosial media kami. dan video ini akan dikongsi oleh pendengar setia ERA Sabah,” katanya ketika dihubungi SabahNewsToday. 

Menurut Ily, hasil daripada jumlah perkongsian video berkenaan melalui kempen ‘Sharing is Caring’ ini membolehkan anak-anak di Mawis mendapat persalinan hari raya yang baharu daripada Emadira. 

“Bagi pihak Astro Radio, kami berbesar hati kerana pihak Emadira begitu pemurah menyumbangkan baju baharu kepada adik-adik ini. Begitu juga dengan para pendengar setia kami yang secara tidak langsung menjayakan program hari ini.

“Kami turut berharap pada bulan Ramadan nanti akan banyak lagi aktiviti amal kebajikan yang boleh dijayakan bersama dengan pihak Astro Radio Sabah,” tambahnya. – SabahNewsToday