Pilih Bahasa

EMPAT BOT NELAYAN DITAHAN DI KUDAT

Oleh Mohd Adam Arinin

Peralatan memukat dan ketam antara barang rampasan dari empat bot nelayan yang dirampas. Gambar SNT/Ehsan PPM Sabah

KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Kudat berjaya menahan beberapa individu selepas didapati menangkap ikan tanpa lesen di perairan Kudat.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua suspek warga tempatan berumur 22 hingga 48 tahun itu ditahan dalam satu operasi bermula jam 4 hingga 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan terhadap empat buah bot nelayan pihak polis marin berjaya merampas lima enjin sangkut pelbagai jenis kuasa kuda.

Empat bot nelayan yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut. Gambar SNT/Ehsan PPM Sabah

“Selain itu, kita juga dirampas sebanyak 120 kilogram ikan pelbagai jenis, peralatan menangkap ikan, 25 kilogram ketam hidup yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM135,175,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. -SabahNewsToday