Pilih Bahasa

Empat maut, Proton Saga bertembung lori

Oleh Nasrawati Syarifuddin

BELURAN: Empat maut selepas kenderaan jenis Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah lori di jalan Hutan Simpan berhampiran simpang Beluran-Telupid, tengah hari tadi.

Empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga maut selepas bertembung dengan sebuah lori. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenalpasti.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pukul 1.43 tengah hari sebelum bertindak ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. Gambar SNT/Ihsan Bomba

Sembilan anggota dan seorang pegawai kemudian ke lokasi kejadian menaiki satu jentera penyelamat.

“Kita bertindak mengeluarkan empat mangsa di dalam kenderaan jenis Proton Saga yang tersepit di tempat duduk masing-masing.

Keempat-empat mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Gambar SNT / Ihsan JBPM Sabah

“Bagaimanapun keempat-empat mangsa yang masih belum diketahui identitinya disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 2.36 petang.-SabahNewsToday