Pilih Bahasa

ENAM BUAH RUMAH SETINGGAN MUSNAH TERBAKAR

Oleh Alfred Petrus

Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

LAHAD DATU: Sebanyak enam buah rumah setinggan musnah terbakar di Jalan tengah Nipah Kampung Desa Bajau pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Satu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Abu Bakar Taraji berkata kebakaran tersebut melibatkan rumah setinggan atas air berkeluasan 70×70 kaki persegi.

“Ketika kejadian, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berdekatan pada pukul 11.03 pagi dan seterusnya memastikan keadaan persekitaran selamat daripada sebarang bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada pukul 12.28 tengah hari dan tiada kematian mahupun kecederaan dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, katanya BBP Lahad Datu menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 10.16 pagi dan menggegaskan seramai lapan orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian. -SabahNewsToday