Pilih Bahasa

Enam lagi pingat emas jadi rebutan esok

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KENINGAU: Sebanyak enam lagi pingat emas bakal menjadi rebutan esok menerusi acara berbasikal kategori lelaki dan wanita ujian masa perseorangan 10KM/15Km dan ujiam masa berpasukan 15KM/30KM.

Perlumbaan tersebut yang dijadualkan diadakan sebelah pagi dan petang akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Jalan Keningau Communication.

Selain berbasikan, acara final esok adalah bagi sukan golf juga untuk kategori lelaki dan wanita yang diadakan di Keningau Golf Club & Country Club.

Sementara itu bagi 14 lagi acara lain membabitkan pertandingan di peringkat saringan individu dan kumpulan.

Antaranya badminton, bola sepak, boling padang, bola tampar, hoki, memanah, tinju, sepak takraw, lawn tennis, pencak silat, bola jaring, bola keranjang dan pentaque.

Dalam pada itu, Tambunan semakin selesa ke separuh akhir acara bola sepak wanita selepas mengatasi Tuaran dengan dua gol tanpa balas dalam aksi kumpulan B manakala saingan kumpulan A menyaksikan Kota Kinabalu membelasah Sandakan 4-0.

Bagi acara bola sepak lelaki, pasukan tuan rumah, Keningau meraoh kemenangan ke atas Sandakan 2-1 manakala Tenom menang 3-1 ke atas Kota Belud dalam aksi kumpulan A.

Dalam aksi kumpulan B pula, Tawau sekadar seri tanpa jaringan dengan Sipitang. – SabahNewsToday