Pilih Bahasa

Enam SK ditutup akibat tanah runtuh

KOTA KINABALU: Sebanyak enam buah sekolah rendah di negeri ini terpaksa ditutup buat sementara ekoran berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan laluan ke sekolah tersebut pagi tadi.

Laluan ke SK Babagon Toki tertutup akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat di sekotar Ibu negeri pagi tadi. – gambar SNT/Ihsan Jabatan Pendidikan Sabah

Sekolah yang terjejas membabitkan daerah Papar iaitu sebanyak empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tampasak (449 murid), SK Kaiduan (15 murid), SK Pekan Kinarut (1,574 murid) dan SJKC Kin Kiau Kinarut dengan 403 murid.

Di Beaufort dan Kota Kinabalu masing-masing melibatkan satu sekolah iaitu SK Pintas (174 murid) dan SK Babagon Toki. – SabahNewsToday