Pilih Bahasa

EWON TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA SETIAUSAHA KPLB PERSEKUTUAN

Ewon (duduk dua dari kiri), Ahmad Jailani (duduk dua dari kanan), Ferdian (duduk kiri) bergambar bersama rombongan KPLB Malaysia dan KPLB Sabah selepas kunjungan itu. Gambar SNT/Ehsan KPLB Sabah

KUNJUNGAN HORMAT … Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Persekutuan Dato’ Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, di pejabat menteri KPLB Sabah, di Sembulan, hari ini.

Pelbagai perkara dibincangkan semasa kunjungan itu antaranya program-program pembangunan luar bandar, pelancongan luar bandar, pembasmian kemiskinan termasuk penyiasatan semula senarai e-kasih di Sabah dan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Selain itu, turut dibincangkan ialah mengenai penyediaan profil kampung secara online sebagai sumber maklumat asas bagi setiap perancangan pembangunan di kampung tersebut, seterusnya di setiap daerah.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat KPLB Malaysia Mohd Badrie Abd Rahim, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan, Pengarah KPLB Sabah Hamsha HJ Injau, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan GiatMara Malaysia Azizudin Aziz, Pengarah Giatmara Sabah Saflee Hj Ag Damit dan Setiausaha Rendah Bahagian Sosio-Ekonomi KPLB Sabah Charles W Dabbi.-SabahNewsToday/KPLB