Pilih Bahasa

Farahanne Beaty muncul Bintang Baharu Malaysia

KENINGAU, 13 Nov (Bernama) — Farahanne Beaty yang muncul sebagai Bintang Baharu Malaysia’, melalui pertandingan nyanyian ‘National Kids Talent Search (NKTS) International Youth Culture and Art Awards 2018’ di Kuala Lumpur Jun lalu, mendapat pengiktiran sekolahnya apabila diberi Anugera Khas Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ken Hwa.

Pelajar etnik Kadazandusun dan Murut (KDM) dan merupakan pelajar pertama etnik itu yang melakar nama di peringkat antarabangsa dalam bidang nyanyian berumur 13 tahun menerima anugerah khas yang hanya diberikan kepada pelajar yang mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Bakat pelajar ini (Farahanne) sangat luar biasa .. ini satu kemenjadian pelajar yang menepati aspirasi pendidikan negara (Malaysia),” kata Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip kepada Bernama di sini.

Fatahanne, pelajar tingkatan satu itu akan bertanding pada pertandingan NKTS di Hunan China, pada 26 November 2018 ini.

Pertanding berprestij itu akan disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia yang dianjurkan oleh China Hunan Satellite TV.

“Bakat luar biasa pelajar ini (Farahanne) perlu dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk mencapai satu aras pencapaian yang tinggi,” kata seorang pakar penambaikan sekolah Mathius Manang.

Menurut Manang kejayaan sekolah dan kedua ibu bapa mengasah bakat pelajar itu sehingga ke peringkat antarabangsa juga merupakan sesuatu yang perlu dipuji dan dicontohi oleh warga pendidik dan ibu bapa di negeri ini.

“Ia sudah tentu tidak semudah itu, tetapi kecekalan semua pihak yang terlibat khususnya keluarga dan ibu bapa pelajar itu, sesuatu yang tidak semua pihak boleh lakukan…Perlu ada keyakinan jitu, kepercayaan tinggi..jika ada kualiti pemikiran seperti itu, tidak ada istilah mustahil untuk dicapai.” katanya.

Sementara itu, Persatuan Dusun Peribumi Sabah (Peribumi) dalam satu kenyataannya berkata Farahanne telah mengangkat martabat bangsa Dusun di persada dunia.

“Kejayaan pelajar ini satu suntikan semangat kepada bangsa Dusun untuk terus mencipta sesuatu di pentas dunia,” kata Setiausaha Agung Peribumi Rosanna Edeza.

— BERNAMA