Pilih Bahasa

Festival Beaufort pemangkin ekonomi dan budaya masyarakat setempat – Shafie

Datuk Christina Liew (kiri), Datuk Dr Yusof Yacob (dua kiri) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar Bernama

BEAUFORT, 6 April (Bernama) — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Festival Beaufort menjadi pemangkin kepada sumber ekonomi masyarakat setempat selain memartabatkan budaya tempatan.

Beliau berkata festival itu mempamerkan keindahan daerah Beaufort di samping kekayaannya sumber hasil taninya, yang dapat dilihat menerusi pelbagai jenis hasil tanaman yang ditawarkan di sini.

“Dengan hasil pertanian dan keindahan alam semulajadi inilah yang membolehkan kita mewujudkan dan mengembangkan sektor pelancongan,” katanya dalam ucapan beliau di majlis perasmian Festival Beaufort 2019 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusuf Yacob.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena festival tiga hari yang berakhir esok itu, antaranya pelbagai pertandingan, seminar kerjaya, persembahan kebudayaan, pelbagai pameran, pertunjukkan tarian kebudayaan dan lain-lain lagi.

— BERNAMA