Pilih Bahasa

Festival empat hari Filem China 2018 dirasmi hari ini

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Junz Wong (tengah) disertai tetamu khas memotong riben sebagai tanda perasmian Festival Filem China 2018 di Dewan MBO, Imago Kota Kinabalu. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

RASMI … Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Junz Wong melancarkan Festival Filem China 2018 yang diadakan di Dewan MBO, Imago, Kota Kinabalu.

Festival filem selama empat hari itu yang bermula hari ini dianjurkan oleh Persatuan Persahabatan Ma Zhong dan Dewan Perniagaan Cina Tawau (CCCT).

Selain untuk memenuhi citarasa peminat filem dari negara itu dalam pelbagai genre di Sabah, festival itu dilihat sebagai simbolik yang melambangkan hubungan akrab di antara China dan Malaysia.

Antara tarikan sempena festival filem itu ialah ia ditayangkan secara percuma dan orang ramai yang mahu menyaksikan filem-filem itu perlu mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan tingkat dua MBO Hall.

Hadir sama pada majlis itu ialah, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Frankie Poon; Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, H.E Liang Caide. – SabahNewsToday