Pilih Bahasa

Gagal pinda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan tidak jejaskan usaha kerajaan tuntut hak negeri

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kegagalan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini tidak menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam menuntuk hak-hak Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri akan tetap berusaha untuk memastikan apa sahaja hak dan tuntutan negeri dari kerajaan Persekutuan dapat dicapai.

Mohd Shafie Apdal. – Gambar Fail SNT

“Persoalan yang dibangkitkan sama ada ianya menjejaskan apa yang telah diusahakan pada ketika ini dengan tidak mendapat persetujuan Dewan Rakyat mencecah 148 daripada 221 jumlah Ahli Parlimen yang sepatutnya merangkumo dua pertiga daripada jumlah keseluruhan.

“Namun, ianya tidak akan menjejaskan usaha kita untuk menjadikan bukan hanya dari segi landasan yang sedia ada bahkan juga kita akan usahakan untuk memastikan apa yang hak sepatutnya kita perolehi daripada kerajaan persekutuan.

“Usaha untuk menuntut dan mengambalikan hak-hak negeri juga tidak mungkin terjadi tanpa sokongan daripada pemimpin, tidak kira daripada pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat Sabah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-15, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Limus Jury (Upko-Kuala Penyu) berkenaan kesan terhadap tuntutan negeri agar geran khas berkapita bagi Sabah dan Sarawak ditambah berbanding dengan apa yang peroleh pada hari kini.

Terhadulu, pada 9 April, Dewan rakyat gagal mendapat undian dua pertiga
Pada 9 April lepas, Dewan Rakyat gagal mendapatkan dua pertiga undi yang diperlukan untuk memulihkan Sabah dan Sarawak ke status asalnya seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Mohd Shafie berkata sepatutnya negeri dapat mengubah status berkenaan tetapi mungkin ada beberapa perkara yang difikirkan oleh sesetengah pihak untuk dimasukkan ke dalam pindaan tersebut.

“Namun, seperti yang saya nyatakan itu bukanlah ruang untuk kita menunding jari mana-mana pihak yang tidak mengundi pada ketika itu.

“Apa yang penting kepada kita adalah teruskan usaha ini dan saya yakin kerajaan negeri akan memberikan sokongan sepenuhnya dengan Sarawak untuk berusaha supaya ia akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini,” jelasnya. -SabahNewsToday