Pilih Bahasa

Galak wanita jalani rawatan kecantikan di pusat rawatan bertauliah

Oleh Nasrawati Syarifuddin

Kwee Lian (empat dari kiri) dan Tony Koh (lima dari kiri) merasmikan cawangan Face Body Slimming Specialist (FBSS). – Gambar SNT/Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Golongan wanita disaran untuk mendapatkan rawatan kecantikan dan kesihatan daripada pusat rawatan yang bertauliah. 

Ini kerana kepakaran serta kemahiran dalam bidang itu perlu bagi membantu memberi kesan yang positif untuk setiap sesi rawatan yang dijalankan. 

Seorang pemilik pusat rawatan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan dan kesihatan, May Tay Kwee Lian berkata penjagaan kecantikan yang tidak betul boleh menimbulkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan atau kecantikan seseorang. 

“Jangan sesekali mahu cantik dan sihat dengan cara yang tidak betul. Kita perlu datang ke pusat rawatan yang memiliki lesen dan pekerja yang berkemahiran. 

“Setiap individu yang memiliki masalah wajah atau tubuh badan, pekerja yang berkemahiran akan membantu memberi nasihat dan yang paling penting sebarang produk yang diambil perlu mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika ditemui dalam perasmian cawangan Face Body Slimming Specialist (FBSS), di sini hari ini.

Antara bilik rawatan yang disediakan di pusat rawatan kecantikan Face Body Slimming Specialist (FBSS). – Gambar SNT/Nasrawati Syarifuddin

Perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Tony Koh. 

Face Body Slimming Specialist (FBSS) membuka cawangan pertama di Tawau yang menawarkan penjagaan kesihatan dan kecantikan kepada wanita pelbagai peringkat umur di daerah ini. 

Pelancaran pusat rawatan kecantikan dan kesihatan berkenaan sesuai untuk ekonomi setempat dan juga dapat membantu mempromosi kesihatan pelancongan. 

Beberapa pakej berkaitan rawatan kecantikan dan kesihatan dijalankan dengan menggunakan teknologi yang canggih tanpa produk berasaskan bahan kimia. – SabahNewsToday