Galeri Foto SNT

Pagi 3 Ogos 2018, negara dikejutkan dengan berita selebriti negara, Datuk Mahadzir Lokman meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Mahadzir memulakan kerjaya di sebuah stesen televisyen pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris. Allahyarham pernah diberi tanggungjawab mengacarakan beberapa majlis besar melibatkan delegasi luar negara seperti majlis penutupan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur. Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa. Mahadzir juga pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis di peringkat antarabangsa. Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman dan Al Fatihah