Galeri Foto SNT

Pada 24 Ogos, Kapal Diraja (KD) Lekiu dari skuadron ke-23 Unit Flotila Serangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang buat julung kalinya menyertai Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2018 di Pearl Harbour, Hawaii, Amerika Syariakat singgah di Jeti Operasi TLDM Markas Armada Timur, Sepanggar di Kota Kinabalu sebelum balik ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak. Ketibaan KD Lekiu disambut oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dan beberapa pegawai tertinggi dan warga TLDM serta pasukan pancaragam sekolah yang dijemput khas pada pagi tersebut. TLDM juga menempah nama diperingkat antarabangsa setelah menjuarai pertandingan inovasi RIMPAC 2018 dengan idea Floating (DC) Bag oleh anak kapal KD Lekiu.