Galeri Foto SNT

Op Sarang merupakan satu operasi khas yang dirancang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terhadap semua sarang penagihan dadah termasuk mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas ahli sindiket pengedaran dadah. Bermula 15 November sehingga 17 November, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu telah melaksanakan Op Sarang Khas Ke-9 bagi tahun 2018. Operasi selama tiga hari ini melibatkan serbuan di 12 buah kawasan yang dikenalpasti terdapat sindiket dan aktiviti penyalahgunaan dadah. Seramai 52 individu telah diberkas atas kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952. BERSAMA KITA MEMERANGI JENAYAH DADAH