Pilih Bahasa

GAMBAR LELAKI BOGEL BERJALAN KAKI DI BUNDUSAN TULAR

Gambar SNT/Sumber media sosial

KOTA KINABALU: Selepas gambar pasangan sedang mandi berpelukan dalam keadaan tanpa seurat benang di kolam air pancut Jalan Gaya di sini tular, kini timbul pula gambar seorang lelaki bogel tersebar di whatsapp.

Lelaki itu hanya memakai topi sambil memperagakan beg berwarna biru berjalan di bahu jalanraya yang dipercayai sekitar Bundusan dekat Penampang.

Aksi itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen antaranya mempersoalkan kewarasan individu tersebut manakala ada yang berkata “hisap gam.”

Gambar pasangan berpelukan dalam kolam air pancut di Jalan Gaya. Gambar SNT/Sumber media sosial

Seorang yang menggunakan nama profail JBL CM pula siap dengan teori tersendiri dan memberitahu wartawan SNT “ini lelaki ialah orang yang sama dalam gambar di Jalan Gaya, sudah kena tinggal oleh teman wanita dia.”

Seorang lagi mencelah “telampau panas bah.”

Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan bila gambar ini diambil dan juga kewarganegaraan individu berkenaan.-SabahNewsToday