Pilih Bahasa

GANGGUAN BEKALAN AIR JALAN SULAMAN

Oleh Chris Maskilone

Paip air yang pecah di Jalan Sulaman. Gambar SNT/Ehsan JANS

KOTA KINABALU: Penduduk di kawasan Jalan Sulaman akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan kecemasan paip pecah.

Pengarah Jabatan Air Ir Amarjit Singh berkata paip berkenaan mengalami kebocoran disebabkan oleh kesilapan kontraktor kerja pembikinan jalanraya di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ir Amarjit Singh. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Katanya, beliau akan menghubungi Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memandangkan bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku.

“Kejadian serupa berlaku minggu lalu oleh kontraktor yang sama,” katanya kepada media hari ini.

Amarjit berkata kerja pembaikan paip bermula 2.30 petang hari ini sehinggalah selesai.

Cubaan gagal menutup paip pecah menggunakan jengkaut. Gambar SNT/Ehsan JANS

Pelanggan di kawasan terlibat dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya disebabkan bekalan air di setengah kawasan akan mengambil masa satu hingga dua hari untuk pulih sepenuhnya selepas kerja pembaikan selesai.

Kawasan yang terlibat ialah One Borneo Hypermall, Kg Pulau Penampang, Kg Suang Parai, KFC Drive Thru, Kingfisher Sulaman, Kuarters Latihan Bomba Jalan Sulaman dan Sulaman Sentral.-SabahNewsToday