Pilih Bahasa

GEMPABUMI LEMAH 3.3 SKALA RICHTER BERLAKU DEKAT KUNDASANG

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Satu gempabumi lemah berukuran 3.3 pada skala richter berlaku dekat Kundasang pada jam 2.15 petang tadi.

Gempabumi itu dikesan 11km Barat Laut Ranau di lokasi 6.2 Utara 116.6 Timur pada kedalaman 1km, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya.

Gegaran mungkin dirasai di Kundasang dan Ranau.

MetMalaysia kini sedang memantau keadaan.
-SabahNewsToday