Pilih Bahasa

Gotong royong Perdana bersihkan kawasan perkuburan Kampung Pantai Emas

Oleh Datu Ruslan Sulai

KOTA BELUD: Lebih 60 orang penduduk menyertai Program Gotong-Royong Perdana membersihkan kawasan perkuburan Kampung Pantai Emas, di sini, baru -baru ini.

Program yang dianjurkan oleh Majlis Penyampai Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pantai Emas 1 dan Kampung Pantai Emas 2 dengan kerjasama Persatuan Generasi Apo Lano.

Penduduk berkerjasama membersihkan kawasan perkuburan. Gambar SNT/Ihsan MPKK Kampung Pantai Emas

Pengerusi Penganjur merangkap Pemaju Mukim Dun Kadatuan, Datu Rosdan Datu Nurasin berkata program itu adalah kali kedua diadakan dan bertujuan memastikan kawasan perkuburan bersih dan memudahkan penduduk menziarahi kubur keluarga masing-masing.

Di samping itu ianya dapat mengeratkan sillaturahim dan semangat kerjasama penduduk kampung.

Penduduk berkerjasama membersihkan kawasan perkuburan. Gambar SNT/Ihsan MPKK Kampung Pantai Emas

Menurut Datu Rosdan program tersebut disertai oleh tiga kampung terdiri dari Kampung Pantai Emas, Kampung Kawa-Kawa dan Kampung Peladok.

Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan penglibatan penduduk, pihak swasta dan kerajaan.

Golong wanita turut sertai gotong royong perdana. Gambar SNT/Ihsan MPKK Kampung Pantai Emas

Turut hadir, Ketua Kampung Pantai Emas, Among Andatong, MPKK Kampung Pantai Emas 1, Abdul Jalil Amini, MPKK Kampung Pantai Emas 2, Sapilin Redin dan MPKK Kampung Liang, Muliadi Asun.-SabahNewsToday