Pilih Bahasa

HAFIZ PEGAWAI TADBIR KANAN YAYASAN SABAH BAHARU DI KAHERAH

Oleh Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Pegawai Tadbir Kanan Yayasan Sabah di Kaherah Mesir yang baharu, Hafiz Dr Hamzah Al-Hafiz memulakan tugas di Wisma Yayasan Sabah di Kaherah Mesir pada 2 Januari lalu.

Hafiz Dr Hamzah Al-Hafiz. Gambar Fail SNT

Beliau yang pernah bertugas selama dua tahun bersama Yayasan Sabah di Kaherah Mesir iaitu pada tahun 2009 hingga 2010 menggantikan Sabli Aliju.

Hafiz bersama pelajar serta pegawai di Wisma Yayasan Sabah di Mesir. Gambar SNT/Zakaria Damit

Berasal daripada Kota Kinabalu, Hafiz berkelulusan Bachelor of Qiraat (Kepujian) dari Universiti Al-Azhar Mesir serta Master Degree in Quran and Sunnah Studies daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Bercakap kepada Sabahnewstoday.com, Hafiz berkata pengalaman berkhidmat selaku Pembantu Pegawai Tadbir akan dimanfaatkan sebaik mungkin sekaligus berusaha membantu setiap urusan pengajian pelajar tajaan Yayasan Sabah di sana kelak.

“Ini merupakan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul disamping memerlukan komitmen yang tinggi serta sokongan daripada kakitangan dan pelajar sangat diharapkan.

Sebahagian kakitangan bersama Majlis Perwakilan Pelajar Badan Kebajikan Penuntut Sabah (BKPSM) menyambut kedatangan Hafiz di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Gambar SNT/Zakaria Damit

“Pengalaman ketika bertugas pada 2009 hingga 2010 digunakan sebaik mungkin. Meskipun suasana  sedikit berbeza namun kita pastikan akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin disamping mengharapkan kerjasama baik daripada semua pihak khususnya Kedutaan Besar Malaysia Kaherah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas melakukan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia Ke Mesir, Mohd Haniff Abd. Rahman, di Kaherah Mesir kelmarin.

Dalam masa sama, Hafiz juga mengadakan kunjungan hormat kedua terhadap Aizal Anual selaku Penasihat Kepada Menteri Pendidikan Malaysia di Kaherah, Mesir.

Dalam kedua-dua kunjungan berkenaan, beliau diberikan taklimat serta penerangan ringkas berkaitan keadaan serta situasi permasalahan yang dialami pelajar di Mesir.

“Kita akan diberikan tumpuan lebih terhadap perkaranyang dibangkitkan. Dengan memastikan segala keperluan pelajar di sini (Mesir) akan dapat ditangani sebaik mungkin bagi membolehkan mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa,” katanya.-SabahNewsToday