Pilih Bahasa

Hak pelajar luar bandar tidak dinafikan: Jamawi

Jamawi (tengah) bersama pelajar bersama kumpulan tarian singa yang hadir membuat persembahan. – Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

KEMABONG: Hak sekolah luar bandar mendapat bantuan dan kemudahan setara dengan sekolah di bandar tidak wajar dinafikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata pelajar luar bandar mampu mencatat keputusan akademik lebih cemerlang jika sekolah mereka diberi kemudahan mencukupi seperti di bandar.

“Hak sekolah luar bandar mendapat bantuan dan kemudahan secukupnya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

Jamawi menyampaikan bantuan kepada para pelajar di Sk Rundum. – Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

“Malah, ada sesetengah sekolah luar bandar didapati menunjukkan prestasi lebih baik berbanding sekolah bandar seperti di” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan awal persekolahan yang disumbangkan oleh Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Sabah (Perwisa) di sini, semalam.

Hadir sama Senator Datuk Theodore Douglas Lind; Pengerusi  Biro Seranta Perwisa, Zainatunnisa Ibrahim; Guru Besar SK Rundum [email protected] Rezzal Masikun dan Guru Besar SK Kapulu Fred [email protected] Riduan.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama menyediakan kemudahan kepada sekolah luar bandar.

Jamawi (tengah) bersama para pelajar yang menerima sumbangan Perwisa. – Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

Katanya sekolah luar bandar perlu diberi hak setara mendapat bantuan dan kemudahan secukupnya, terutama alat bantuan mengajar dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.

“Penyerahan bantuan hari ini adalah penterjemahan pelajar dan murid dari luar bandar juga perlu dilengkapi segala kemudahan” katanya 

Dalam pada itu tambah Jamawi kerajaan akan terus memperkasakan sektor pendidikan di negeri ini dengan menyediakan pelbagai peruntukan antaranya menambahbaik prasarana pendidikan dan bantuan untuk pelajar terutamanya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan pembelaan. – SabahNewsToday