Pilih Bahasa

Hargai sumbangan pasukan keselamatan

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat meluangkan masa untuk berkongsi kegembiraan dan keberkatan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Walaupun semua kini dalam tempoh masa berjuang melawan pandemik Covid-19, namun sewajarnya usaha golongan yang banyak berbakti kepada negara sebagai petugas barisan hadapan dihargai.

Hamisa (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan. – Gambar SNT/Ihsan Dun Tanjong Batu

“Dengan sedikit penghargaan tanda kenangan ini, saya berharap mereka (anggota barisan hadapan) terus tabah dan kuat untuk menjaga keamanan negara tidak kira dari segala ancaman dan bahaya sekalipun,” katanya.

Hamisa menyumbang 2,000 pek kuih raya kepada Angkatan Tentera Diraja Malaysia (ATM), Batalion Kelapan Regimen Sempadan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Hamisa di kediaman beliau baru-baru ini. – SabahNewsToday