Pilih Bahasa

Setiausaha Kerajaan Negeri dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dahului Senarai 75 Penerima Darjah Kebesaran Sabah

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan (kiri) dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah (kanan) di Istana Negeri hari ini. Gambar komposit SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan mendahului senarai 75 penerima darjah kebesaran, bintang serta pingat sempena hari jadi Rasmi ke-65 Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, diikuti Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah.

Dalam istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri, pada Sabtu, tiga menteri persekutuan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammad Ketapi dan Timbalan Menteri Dalam negeri, Datuk Azis Jamman.

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menganugerahkan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk kepada (dari kiri) Datuk Darell Leiking, Datuk Christina Liew, Datuk Stephen Wong dan Datuk Omar Mammah di Istana Negeri hari ini. Gambar komposit SNT/Ehsan Jabatan Penerangan

Turut menerima anugerah sama adalah jemaah Kabinet Negeri iaitu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Wong Hong Jun @ Junz Wong, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Poon Ming Fung @ Frankie Fung.

Sementara itu, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Jimmy Wong juga menerima PGDK.

Senarai yang lain terdiri daripada Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Zaleha Rose Datuk Pandin, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, Pengarah Pendakwaraya Negeri, Datuk Duncan Sikodol, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Datu Rosmadi Sulai, Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Ruji Ubi, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Zakaria dan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mazli Mazlan.

Turut menerima PGDK, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani yang akan bersara dan mantan Panglima Briged Kelima Infrantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Mohd Anuar Rijaludin yang bertukar ke Kementerian Pertahanan Malaysia.

Penerima lain terdiri daripada Datuk Abu Bakar Latip, Datuk Mohamad Said Hinayat, Datuk Mashor Mohd Jaini, Datuk Musa Sulaiman, Datuk Yusof Abd Abbas, Datuk Dr Sotimin Muhalip, Datuk Janice Lim Fung Ha, Datuk Kaim Kalimin @ Karimin, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Datuk Pak Chee Eng, Datuk Yusoff Md Said dan Datuk Alexander Decena.

Selain itu, Tun Juhar mengurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) kepada tiga penerima iaitu Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Jakariya Ab Jalil, Timbalan Pendaftar Pentadbiran Mahkamah Tinggi, Elsie Primus dan Fredie Sua @ Freedy Gerald Suah.

Istiadat pengurniaan disusuli 16 penerima darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) antaranya, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Sains dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Daud Yusof, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Janie Lasimbang, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarsin Taib.

Manakala, 20 penerima lain menerima darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) terdiri daripada Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksmana Pertama Adam Aziz, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Semporna, Ghulam Rasul @ Sarail Hapil dan Pengarah Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Tumble Ngadiran @Tomblow.

Hadir sama pada istiadat berkenaan adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib, jemaah kabinet negeri dan para tetamu jemputan khas.

Untuk rekod, seramai 1,146 individu yang telah mencurahkan bakti kepada Kerajaan Negeri tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran negeri yang masing-masing menerima SPDK (dua orang), PGDK (65 orang), ASDK (119 orang), ADK (252), Bintang Setia Kinabalu (BSK) 234 orang, Bintang Kinabalu (BK) 333 dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (CH) 141 orang.-SabahNewsToday/Jabatan Penerangan Sabah