Pilih Bahasa

Hujan sejak awal pagi – Tawau dilanda banjir kilat lagi

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Hujan lebat berterusan sejak pagi tadi menjejaskan beberapa kawasan di sini, hari ini.

Murid sekolah dan orang awam sedang dibantu anggota APM untuk ke tempat tinggi. Gambar SNT/Ihsan APM

Jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Tawau ketika dihubungi berkata antara kawasan yang terjejas banjir adalah Kampung Baiturahman Batu 2 Jalan Apas, Kampung Pasir Putih, Kampung Saddani Batu 2, dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4.

Keadaan air di Taman Green. Gambar SNT/Sumber Media Sosial

“Kita kini sedang menjalankan misi bantuan di dua lokasi iaitu Kampung Baiturahman Batu 2 Jalan Apas dan Kampung Pasir Putih.

Anggota Pertahanan Awam membantu murid sekolah untuk dihantar balik ke rumah. Gambar SNT/Ihsan APM

“Setakat ini, tidak ada pemindahan penduduk dijalankan dan banjir mulai surut,” katanya. – SabahNewsToday