Pilih Bahasa

Ir Abdul Nasser Abdul Wahid dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan SESB

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, 52 telah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan SESB mulai 1 Januari 2019 menggantikan Datuk Ir.Hj Abdul Razak Sallim yang telah bersara pada 31 Disember 2018.

Ir Abdul Nasser Abdul Wahid. Gambar SNT/Ehsan SESB

Ir Abdul Nasser sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB.

Beliau berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan telah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Sabah (LLS) / SESB sejak 1 September 1990.

Beliau yang mempunyai kelulusan Bachelor of Mechanical Engineering (Hons) dari University of Nottingham, England pernah memegang pelbagai jawatan bisnes teras dan sokongan di dalam LLS/SESB termasuk sebagai ahli pengurusan tertinggi SESB sejak 2008, sebelum di lantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan mulai 1 Jan 2019.-SabahNewsToday