Pilih Bahasa

ISU KETUA MENTERI BELUM SELESAI – MUSA

Oleh Chris Maskilone

Musa disambut penyokong sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tengahari tadi. Gambar SNT/media sosial

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman berkata isu Ketua Menteri Sabah belum lagi selesai.

“Sudah tentu kita berasa kecewa dengan keputusan pada hari ini. Walau bagaimanapun, suka saya menekankan bahawa isu ini bukan soal sama ada saya menjadi Ketua Menteri atau tidak.

“Ini soal yang sangat penting iaitu mengenai keluhuran dan tafsiran yang sebenar terhadap Perlembagaan Negeri serta kuasa TYT untuk melantik dan memecat Ketua Menteri.

“Saya berpendapat bahawa isu ini belum selesai sepenuhnya pada hari ini. Saya telah mengarahkan peguam saya untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini,” katanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mahkamah, keluarga, pasukan peguam dan semua penyokong setia yang sentiasa menjunjung dan menghormati Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya.

Musa tiba di Kota Kinabalu pada tengahari tadi namun beliau tidak hadir semasa keputusan terhadap Saman Pemulanya dibuat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.-SabahNewsToday