Pilih Bahasa

Jaga tingkah laku sepanjang usia, bukan hanya pada Ramadan

Mohd Shafie ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf di Masjid Daerah Sandaka. – Gambar Bernama

SANDAKAN, 9 Mei (Bernama) — Umat Islam di Sabah diingatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku antara sesama manusia sekali gus menunjukkan imej positif tentang islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, segala bentuk tingkah laku seseorang umat Islam itu akan menjadi gambaran terhadap amalan serta pegangan agamanya.

“Sebagai umat Islam kita perlu jaga tingkah laku kita sepanjang usia bukan hanya di bulan Ramadan,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama golongan asnaf di Masjid Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Pada majlis, itu 150 individu golongan asnaf menerima sumbangan daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) sempena bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berharap bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat meringankan beban sara hidup yang ditanggung golongan itu.

–BERNAMA