Pilih Bahasa

JALAN DITUTUP JUMAAT INI BAGI PERARAKAN PERUNDANGAN TAHUN 2019

Oleh Chris Maskilone

Laluan berwarna perang akan ditutup pada pagi Jumaat ini sempena Perarakan Perundangan Tahun 2019. Gambar SNT/Ehsan Mahkamah

KOTA KINABALU: Jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dan sekitarnya akan ditutup pada pagi Jumaat ini bagi Perarakan Perundangan Tahun 2019.

Penutupan jalan akan bermula pukul 7.15 pagi sehingga 8.30 pagi.

Perarakan sejauh 1.6km yang akan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum itu bermula dari persimpangan Kompleks Karamunsing – Petron Jalan KK-Tuaran seterusnya melalui Jalan Bertingkat Bukit Nenas menuju Jalan Kolam sebelum belok kiri ke bangunan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Pengguna jalanraya dari arah Penampang menggunakan Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke arah Tuaran dinasihatkan untuk terus ke Bulatan Bandaran kemudian berpatah balik menuju ke Bulatan Bukit Nenas untuk meneruskan perjalanan ke Tuaran.

Pengguna jalanraya dari arah Tuaran menuju ke Karamunsing mengguna jalan U-turn di bawah Jalan Bertingkat Karamunsing dinasihatkan untuk terus menuju ke Bulatan Sembulan dan berpatah balik ke pusat bandar.-SabahNewsToday