Pilih Bahasa

Jalan Rugading lumpuh akibat banjir

Oleh Alfred Petrus

TUARAN: Aliran lalulintas di Jalan Rugading lumpuh oleh banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Pengguna jalanraya berhati-hati mengharungi takungan air di atas jalanraya Rugading. Gambar SNT/Ihsan IPD Tuaran

Dalam satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, anggota trafik berusaha membantu masyarakat Tuaran daripada terkandas dalam kesesakan lalu lintas akibat banjir tersebut.

Anggota polis trafik Tuaran membantu memindahkan lori muatan ringan yang kandas di tengah jalanraya di Rugading. Gambar SNT/Ihsan IPD Tuaran

Akibat hujan yang berterusan beberapa jam sejak tengah hari, IPD Tuaran turut mengawal keadaan trafik di jalan Rugading yang mengalami banjir ketika Ops Lancar Aidilfitri giat dijalankan.

Anggota polis trafik Tuaran meneruskan tugas mengawal lalulintas dalam siri Op Lancar Aidilfitri di Rugading. Gambar SNT/Ihsan IPD Tuaran

Disamping menjalankan Ops Lancar Aidilfitri itu, salah seorang anggota Trafik IPD Tuaran KPL telah membantu pemandu lori mengalihkan lori yang terkandas akibat banjir. -SabahNewsToday