Pilih Bahasa

Jalan Samparita – Sonsogon Magandai dijangka siap menjelang 2023

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 9,000 orang penduduk di Kota Marudu bakal menikmati jalan raya berturap di sepanjang jalan Samparita dan Sonsogon Magandai, yang dijangka siap pada 2023.

Peruntukan sejumlah RM 279 juta telah diluluskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk menaiktaraf dan membina jalan sepanjang 40 kilometer dan jambatan, dimana hanya boleh dilalui oleh kenderaan jenis pacuan empat roda.

Dr Maximus Ongkili berjalan dengan murid sekolah semasa melawat Kampung Sonsogon Magandai baru-baru ini. Gambar SNT/Ihsan PBS

“Malah, projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional berikutan tuntutan daripada penduduk kampung di pedalaman Sonsogon-Magandai,” kata Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berikutan jawapan bertulis dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebagai tindak balas kepada soalannya status projek.

Menurut Kementerian, projek itu sedang dalam peringkat reka bentuk dan tender akan dikeluarkan pada bulan November tahun ini.

Apabila selesai, jalan akan memberi manfaat kepada orang ramai dari 27 buah kampung.

Dr Maximus Ongkili beramah mesra dengan kanak-kanak sekolah semasa lawatan beliau ke Kampung Sonsogon Magandai baru-baru ini. Gambar SNT/Insan PBS

Ongkili, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, berkata pedalaman Magandai kini didiami oleh masyarakat Sonsongon dari suku Kadazandusun.

Mereka dianggarkan hanya kira-kira 10,000 orang.

“Pembinaan jalan Samparita-Sungai Magandai dan kerja-kerja naiktaraf Pekan Tandek-Samparita akan menjadi peransang utama kepada bagi peningkatan sosio-ekonomi rakyat Sonsogon,” kata -SabahNewsToday