Pilih Bahasa

Jamawi tekad terus perkasa Tenom

TENOM: Walaupun dicalon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang juga Adun Kemabong terus memberikan sokongan terhadap usaha memperkasakan pendidikan di daerah Tenom. 

Jamawi berharap agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terus memberikan sokongan serta kerjasama kepada pemimpin kerajaan khususnya calon BN Datuk Raimee Unggi yang bertanding di kawasan tersebut pada PRN kali ini.

Menurut beliau, ini penting agar usaha usaha memperkasakan di daerah itu dapat diteruskan.

Jamawi (kanan) berbincang dan memberi ransangan kepada AJK PIBG SMK Chinta Mata pada perjumpaan tersebut. – Gambar SNT/Ihsan JAW

“Penting kita memilih wakil rakyat yang boleh berkerja sama dengan Kerajaan Pusat memandangkan bidang pendidikan dibawah bidang kuasa mereka.

“Sabah memerlukan peruntukan yang banyak membangunkan sektor pendindikan khusuanya di kawasan luar bandar di negeri ini,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chinta Mata Tenom di pejabat perhubungan beliau di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Jawami turut bertukar tukar pandangan bersama ahli jawatankuasa PIBG yang hadir pada perjumpaan tersebut.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua PIBG SMK Chinta Mata, Thomas Pangin itu juga menjelaskan program program PIBG yang bakal dilaksanakan.

Selain itu, mereka turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jamawi kerana banyak membantu dan memberikan sokongan terhadap aktiviti pendidikan di daerah ini khususnya di Kemabong. – SabahNewsToday