Pilih Bahasa

Jambatan konkrit Sungai Damit bernilai RM18 juta siap tahun depan

Oleh Chris Maskilone

TUARAN : Pembinaan jambatan konkrit Sungai Damit ke Tuaran yang bernilai RM 18 juta bermula pada 20 April 2018 dijadualkan siap pada 19 Oktober tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersama Dr Mohd Radzi Md Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi melawat tapak pembinaan tersebut bagi melihat perjalanan gerak kerja pembinaan jambatan konkrit itu.

Jambatan konkrit Sungai Damit dalam pembinaan. Gambar SNT/Ihsan KP&P

“Pembinaan jambatan konkrit ini perlu dipantau dengan baik dan kerap agar siap pada waktu yang dijadualkan,” kata beliau.

Menurut Madius, sekiranya jambatan konkrit itu siap dibina kelak maka para penduduk dari beberapa buah kampung berhampiran akan mudah ke pekan Tuaran bagi urusan seharian.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran sempat memberi sedikit penerangan kepada Radzi tentang masalah kesesakan lalu lintas di yang berkaitrapat dengan pembinaan Jalan raya Pan Borneo yang berakhir di Tuaran.

Madius bersama Radzi meninjau perkembangan projek pembinaan Jambatan Konkrit Sungai Damit hari ini. Gambar SNT/Ihsan KP&P

Sebelum ini Jambatan Sungai Damit menjadi isu kepada penduduk Tuaran apabila projek tersebut gagal dilaksanakan setelah beberapa pilihanraya umum.

Dengan siapnya jambatan tersebut, ianya memberi laluan alternatif kepada pengguna jalanraya dari pekan Tuaran ke pekan Tamparuli.-SabahNewsToday