Pilih Bahasa

JBorneo19 -promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Sabah sebagai destinasi pelancongan permotoran bermula 1 Dis

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Seramai 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi akan menyertai ekspedisi tujuh hari merentasi 2,000 kilometer jalanraya Borneo bagi mempromosi Sabah, Labuan dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan permotoran baharu dan publisiti untuk Tahun Melawat Malaysia 2020.

Program ini dipanggil Jelajah Borneo 2019 atau JBorneo19 melibatkan kolaborasi antara Persatuan Anak Tanjung Aru (Persata), Sabah Big Bikers Association (SBBA) dan Pelancongan Malaysia.

Hossin (duduk tiga dari kiri) bersama jawatankuasa penganjur semasa pelancaran laman sesawang rasmi JBorneo19 pada Rabu.-Gambar SNT/Ihsan JBorneo19

Seramai 20 ahli Persatuan Motosikal Brunei Darussalam (Pemoda) akan turut menyertai ekspedisi yang dijangka merentasi 35 lokasi itu nanti, kata pengerusi penganjur, Hossin Bayani.

Menurut beliau, acara pelepasan akan diadakan pada 1 Disember.

Pada Rabu, jawatankuasa penganjur melancarkan laman sesawang rasmi program iaitu http://JBorneo19.com di mana maklumat tentang JBorneo19 boleh didapati.

Hossin berkata pada 30 Nov iaitu sehari sebelum ekspedisi dilepaskan, mereka akan mengadakan kerja amal di halaman Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama.

Pada sebelah petang, satu majlis akan diadakan di Magellan Sutera di mana Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka hadir.-SabahNewsToday