Pilih Bahasa

JBPM SABAH PERLU 40 LAGI BUAH BALAI BOMBA: KAMARULZAMAN

Oleh Mohd Adam Arinin

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdulah memeriksa barisan kawalan kehormatan pada Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri Sabah 2019 di Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 40 buah lagi balai bomba untuk memberikan perkhidmatan terbaik terutama dari segi mempercepatkan masa bertindak (response time) bagi sesebuah kes yang berlaku.

Pengarah JBPM Negeri Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata berdasarkan kajian ‘Risk Assessment’ yang dibuat oleh JBPM Sabah, beliau percaya pihaknya memerlukan penambahan jumlah balai bomba yang baharu di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdulah menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil Pasukan Bomba Sukarela Daerah Nabawan pada Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri Sabah 2019 di Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Dengan menggunakan kaedah ‘Smart Map’, pihak bomba dapat menilai awal tahap risiko pergerakan anggota dan jentera.

“Jika diikutkan, negeri Sabah ini memerlukan tambahan sebanyak 40 buah balai bomba baharu. Tapi kita sedar, pembinaan balai bomba ini bukan murah. Ia bergantung kepada peruntukan yang diterima oleh Kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdulah menyematkan pangkat kepada Pegawai Kanan Bomba Jimmy Lagung pada Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri Sabah 2019 di Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Hadir sama Timbalan Pengarah JBPM Sabah Zuraidah Latip dan pegawai kanan bomba dari setiap daerah.

Jelas Kamarulzaman, setiap tahun pihak JBPM Sabah akan mendapat beberapa buah balai bomba yang baharu untuk meningkatkan mutu keupayaan dan tanggungjawab pihak bomba di sesebuah kawasan serta menjadikan ‘Response Time’ itu dipertingkatkan.

“Sebagai contoh dua balai bomba baharu di Sook, Keningau dan Pitas, Kudat yang kini dalam fasa terakhir pembinaan dan akan siap sekitar awal tahun ini,” tambahnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdulah menyerahkan sijil penghargaan kepada Hafizan Madin yang membantu bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir di Kota Belud tahun 2018 pada Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri Sabah 2019 di Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sementara itu, Kamarulzaman menyatakan purata masa bertindak pihak JBPM Sabah dari balai ke lokasi kejadian mengambil masa selama 17.5 minit.

“Prestasi Petunjuk Utama (KPI) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk bertindak ke lokasi kejadian adalah kurang 10 minit.

“Ini bermakna kita perlu mengurangkan purata masa bertindak diantara 7.5 minit. Namun, disebabkan faktor geografi dan lanskap di Sabah kita tidak dapat mencapai KPI masa yang ditetapkan oleh jabatan.” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdulah menyerahkan sijil penghargaan kepada wartawan pada Majlis Perhimpunan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Peringkat Negeri Sabah 2019 di Ibu Pejabat JBPM Sabah di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pada majlis perhimpunan tahunan itu, beberapa ahli bomba sukarela dan orang awam serta pengamal media telah mendapat sijil penghargaan daripada pihak JBPM Sabah atas sumbangan dan kerjasama mereka dalam membantu pihak bomba. -SabahNewsToday