Pilih Bahasa

Jelajah Ramadan santuni golongan memerlukan

SANDAKAN: Kedatangan Ramadan amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam, sebagai bulan pengampunan dan rahmat, disambut dengan penuh kesyukuran.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sepanjang bulan Ramadan golongan asnaf, fakir, miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan yang memerlukan bantuan sentiasa didekati untuk diberi bantuan.

Samsudin (tengah) dan Hazulizah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Batu Sapi Sandakan. – Gambar SNT/Ihsan Puteri Umno Batu Sapi

Jelajah Ramadan di beberapa buah kampung seperti Kampung Gas, Pening Lalat, Melanta, Bukit Kombo, Batu Sapi Sandakan disertai Puteri Umno Bahagian Batu Sapi bersama mantan Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya telah menyantuni golongan tersebut.

Sumbangan tersebut merupakan sumbangan peribadi berupa barangan keperluan asas oleh Samsudin yang sentiasa mengingati rakyatnya di kawasan Sekong.

Naib Ketuanya, Hazulizah Md Dani berkata sumbangan tersebut adalah sebagai tanda ingatan bekas wakil rakyat kawasan itu kepada masyarakat di kawasan itu.

Samsudin (depan) bersama rombongan Puteri Umbo Bahagian Batu Sapi semasa Jelajah Ramadan bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Batu Sapi Sandakan. – Gambar SNT/Ihsan Puteri Umno Batu Sapi

Katanya sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Aidilfitri seperti orang lain.

Menurutnya nasib mereka sentiasa mendapat perhatian daripada banyak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Walaupun sumbangannya sedikit tetapi ia cukup besar kepada golongan seperti itu dan berharap masyarakat turut sama membantu golongan yang memerlukannya,” katanya. – SabahNewsToday