Pilih Bahasa

Jius Ulang, penternak lebah kelulut terbaik, hasilkan 371 kilogram madu tahun lalu

Jius menerima sijil Anugerah Peserta Kontrak Projek Lebah Madu Kelulut Terbaik 2018 daripada Pengerusi KPD, Honorsius Datuk Alfred Bosuin. Gambar SNT/Ihsan KPD

SIKUATI: Anugerah Peserta Kontrak Projek Lebah Madu Kelulut Terbaik sempena Hari Terbuka BHBC 2019 dimenangi oleh Jius Ulang – penternak 52 koloni lebah kelulut yang berjaya menghasilkan 371 kilogram madu kelulut tahun lalu.

Jius yang berasal dari Kampung Monggis, Kudat pernah menyertai Projek Penternakan Lebah Madu di bawah Program Pembasmian Rakyat Termiskin pada tahun 2008 dan pernah berkongsi mengenai perusahaan ternakan lebah madu di program “Ba, apa khabar kita” di Siaran RTM1.

Sementara itu Amazing Borneo Sdn Bhd menerima Anugerah Agen Pelancongan Terbaik BHBC 2018 atas kejayaan menambah 75 peratus kehadiran pengunjung ke BHBC pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.

Wakil Amazing Borneo Sdn Bhd, Lesley Chaw menerima sijil anugerah daripada Honorsius.Gambar SNT/Ihsan KPD

Johan Pertandingan Rekabentuk Topping Kelulut Hari Terbuka BHBC 2019 jatuh kepada Kunis bte Kibid @ Kebed manakala naib johan Rosinah bte Ukon dengan Mogintal Jimah mendapat tempat ketiga, Joriani Mulinga dan Moludin Maliwal, masing-masing ditempat keempat dan kelima.

Bagi pertandingan Ratu Lebah Kanak-Kanak sempena sambutan Hari Terbuka BHBC 2019, Shrly Samon dinobatkan sebagai Ratu dan membawa pulang tiara, wang tunai, tropi dan hamper, manakala naib johan ialah Nuraqisyah Asmie bt Harris, tempat ketiga Queenie Cathleen Dabieson dan keempat dan kelima masing-masing ialah Desy Sharmichi Stanly dan Egnisangela Ericson.

Honorsius (berdiri belakang) bersama pemenang Ratu Lebah Kanak-Kanak. Gambar SNT/Ihsan KPD

Bagi pertandingan mewarna kanak-kanak, johan kategori 1 umur 7-9 tahun ialah Biaezra Bilah Mopuas, naib johan ialah Egnisangela Ericson dan Nur Alyah Maisara Masran di tempat ketiga.

Manakala kategori 2 umur 10-12 tahun dimenangi Naziatul bt Jainuddin dengan Elefenita Fenny ditempat kedua dan Muhammad Aidil Fikrie Muhammad Suffran tempat ketiga.

Bagi pertandingan Zumba, Trigona Girls muncul juara dan Wanita Kampung Rampai sebagai naib johan, manakala pemenang pertandingan teka madu pula ialah Zackillon Jomil.

Honorsius dan dif-dif jemputan bergambar bersama maskot BHBC. Gambar SNT/Ihsan KPD

Bagi acara pertandingan tarik tali lelaki, pasukan Moningot muncul juara menewaskan JKBK manakala tempat ketiga dan keempat ialah KPJ dan BHBC.

Manakala johan pertandingan tarik tali kategori wanita ialah Kampung Rampai setelah mengalahkan Mama Sweet sementara tempat ketiga ialah SMEKS 2 dan tempat keempat IPDAS Aspuri.

Johan pertandingan dart individu ialah Glen Felix dengan jumlah mata 178, manakala johan berpasukan ialah pasukan petani KPD dengan jumlah mata 487.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi KPD, Honorsius Datuk Alfred Bosuin.

Turut hadir ialah Kalimin Sahadi, Pengurus Besar KPD, Dr. Rainal Lasumin, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan dan Kewangan), Jamilah Lee, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan Perniagaan dan Operasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Hari Terbuka BHBC 2019, Juita Arhan, Pengurus KPD Wilayah Utara merangkap Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelaksana Hari Terbuka BHBC 2019, Francis Chong, penolong pegawai daerah Matunggong, Baldus Mangabis, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Matunggong.-SabahNewsToday