Pilih Bahasa

JPJ Sasar RM1.5 juta kutipan melalui bidaan siri SYD

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan sejumlah RM1.5 juta kutipan bidaan bagi siri SYD yang akan dilaksanakan melalui sistem JPJeBid.

Pengarah Bahagian Perlesenan Kenderaan JPJ Malaysia, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata ia berikutan siri nombor kenderaan SYD yang agak unik iaitu seperti singkatan bagi nama Syed.

“Buat masa ini, JPJ merekodkan sejumlah RM11.656 juta untuk tiga buah negeri melalui 1 siri nombor kenderaan.

“Setakat ini, Puterajaya merekodkan kutipan tertinggi iaitu RM3.1 juta diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM1.3 juta dan diikuti dengan Kedah dan Pulau Pinang.

“Jika JPJ Sabah berjaya merekodkan RM1.5 juta kutipaan melalui bidaan ini, maka Sabah berada ditempat kedua kerana penggunaan nama Syed yang meluas di seluruh negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ Sabah, hari ini.

Tambahnya pelaksanaan sistem bidaan nombor siri kenderaan secara atas talian (online) itu adalah satu usaha untuk menggantikan cara konvensional yang mana pembida perlu datang ke pejabat JPJ untuk melengkapkan borang tertentu.

Sementara itu, bidaan online nombor siri kenderaan di sini bermula esok (15 Ogos) pada pukul 12 tengah malam sehingga 19 Ogos, pukul 11.59 malam. -SabahNewsToday