Pilih Bahasa

JUARA LAGU KENINGAU FM KINI KEMBALI

Oleh Alfred Petrus

Poster promosi Juara Lagu Keningau FM. Gambar SNT

KENINGAU: Seramai 15 perserta akhir Juara Lagu Keningau FM (JLK) 2018 keempat sekali lagi berentap untuk merebut gelaran juara dalam kategori masing-masing iaitu bahasa Melayu, Murut dan Dusun.

Pertandingan JLK yang diadakan 20 Oktober ini (Sabtu) akan berlangsung di Dewan Masyarakat Keningau bermula pukul 12 tengah hari.

Penerbit JLK 2018 Hector Zaimit berkata, antara perserta akhir untuk kategori bahasa melayu ialah Chychy Alinjiran dengan lagu Ku Relakan, Kumpulan Nahyan (Bonda), Ray Adirano (Mungkin Aku Salah), Winne Ikol (Percaya Mimpi) dan Reenn Abigail (Cita Cahaya).

“Bagi kategori bahasa Murut, persertanya ialah Salwa Salleh (Nakalalansan Riun), Nurfaziana Emran (Paie Alimo), Ronnie Bahan ft. Anjee Afiraa Laijih(Togom Kalo Makai’-Kai’), Abby Suhaivey Abir (Pamahunan Mai) dan Hendry Lundan (Pulanuin Ku Okou).

“Manakala, Darrel Reitz Vidy (Tongkiad No Mantad Doho), Sharin Amud Shapri (Inonogo Lunggui Ku), Francis Pudon (Oyo), Maulie Leroy Mangun ft. Marlina Kamin (Mintongkiad Kito Noh) dan Erdeeyona Christoper Kunjan (Au Okou Karati) akan berentap dalam kategori bahasa Dusun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemilihan lagu-lagu tersebut berdasarkan pencalonan undian carta lagu setiap Ahad selama setahun.

Tambahnya, bagi kategori bahasa Murut dan Dusun masing-masing mencalonkan 10 lagu, manakala untuk bahasa Melayu sebanyak 13 lagu dicalonkan selama setahun.

“Dalam pada itu, hanya lima lagu teratas setiap kategori akan dipilih berdasarkan kekerapan juara carta mingguan dan undian terbanyak melalui pautan undian atas talian yang dipaparkan di page facebook KeningauFM,” jelasnya.

Hector berkata, perasmian JKL 2018 ini akan disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan Rasinin Kautis.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan tersebut yang mana pelbagai hadiah bertuah menanti para penonton. -SabahNewsToday