Pilih Bahasa

Junz Wong agih 1,500 bungkusan barang makanan di kawasan Tanjung Aru

TANJUNG ARU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Tanjung Aru, Datuk Junz Wong akan mengagihkan sebanyak 1,500 bantuan berbentuk barang makanan kepada penduduk terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan beliau hari ini.

Bantuan yang disalurkan secara berfasa itu bertujuan meringankan beban keluarga yang dijangkiti dan dikuarantin serta penjaja, pemilik gerai kecil-kecilan dan pekerja harian yang terjejas akibat Pelaksanaan Perintah Kawalan Gerakan.

Junz menyediakan bungkusan makanan untuk diagihkan di kawasan beliau. Gambar SNT/Ihsan Pejabat Adun Tanjung Aru

“Saya berterima kasih kepada kakitangan Sunny Supermarket dan Ketua Bahagian Warisan Putatan Datuk Awang Ahmad Sah serta Bahagian Tanjung Aru kerana membantu dengan membungkus dan menggerakkan bungkusan makanan,” ujar Junz selepas mengagihkan 500 bungkusan barang makanan dibawah fasa pertama pada hari ini.

“Ramai lagi keluarga akan dibantu dengan sumbangan yang sama pada fasa kedua nanti,” katanya.

Barang makanan yang disumbangkan termasuk beras, telur, tepung, gula, garam, minyak masak, mi segera dan ikan.

Maklum akan kekurangan penutup mulut dan hidung, Junz berkata pesanan telah dibuat dan akan diagih-agihkan dalam masa terdekat kepada penduduk di kawasannya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan agar semua terus berada di rumah dan pastikan mengikut langkah keselamatan sekiranya perlu keluar rumah.-SabahNewsToday