Pilih Bahasa

Kaamatan masih wadah terbaik perpaduan rakyat

Oleh Chris Maskilone

PENAMPANG: Perayaan Pesta Kaamatan terus membuktikan ianya adalah satu wadah terbaik bagi menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latarbelakang.

Ini dapat dilihat semasa lawatan ke rumah-rumah tradisi yang diketuai Menteri Belia dan Sukan Ginger Poong bersama beberapa pemimpin kerajaan gabungan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah.

Menteri Belia dan Sukan Ginger Poong menyapa Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang kebetulan berada di Rumah Tradisi Papar. Gambar SNT/Chris Maskilone

Cuaca panas terik juga bukan penghalang bagi pengunjung untuk meluangkan masa datang ke Hongkod Koisaan, KDCA di sini hari ini.

Para pemimpin pembangkang turut berada di kawasan rumah tradisi masing-masing melayan tetamu.

Ahli Parlimen Keningau Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Presiden KDCA bergambar bersama peserta pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan yang melawat Rumah Keningau. Gambar SNT/Chris Maskilone

Warna-warni Pesta Kaamatan Negeri hari pertama:

Penari Murut mempersembahkan tarian Magunatip untuk menyambut kehadiran Menteri Belia dan Sukan serta rombongan. Gambar SNT/Chris Maskilone
Perserta pertandingan Unduk Ngadau bergambar bersama penari kanak-kanak di Rumah Tradisi Tuaran. Gambar SNT/Chris Maskilone

Dr Jeffrey Kitingan menari sumazau bersama peserta Unduk Ngadau di Rumah Keningau. Gambar SNT/Chris Maskilone

Para penari Murut menyambut kedatangan Menteri Belia dan Sukan serta rombongan. Gambar SNT/Chris Maskilone

Esok akan berlangsung acara yang sentiasa dinanti semasa Pesta Kaamatan iaitu pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan negeri.-SabahNewsToday