Pilih Bahasa

Kakitangan Dun Sabah menerima sumbangan peralatan penjagaan kebersihan

Syed Abas (kiri) menyampaikan sumbangan penutup hidung dan mulut serta pembersih tangan kepada kakitangan Dun Sabah. – Gambar SNT/Ihsan LD

SUMBANGAN… Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali menyampaikan sumbangan penutup hidung dan mulut serta pembersih tangan kepada Kakitangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah dan anggota Jabatan Kerja Raya yang berpusat di Bangunan DUN Sabah.

Sumbangan itu dibekalkan oleh Jawatan Pengurusan Awam Negeri Sabah di Pejabat Dun Sabah selepas perasmian Sidang Dun Sabah pada 16 April.

Syed Abas meminta kakitangan Pejabat Dun agar mematuhi perintah kawalan pergerakan semasa persidangan Dun yang akan bersidang minggu hadapan bermula 20 dan 21 April ini.

Beliau juga menyeru agar semua pihak mematuhi penjarakkan sosial satu meter ketika berurusan bagi memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan. – SabahNewsToday